Alhamdulillah, dengan limpah kurnia dari Yang Maha Esa, SGR mengorak langkah lagi dengan satu lagi projek baru iaitu Sumayyah Qurban.
Bersempena dengan Hari Raya Aidil Adha yang bakal tiba pada 20 Julai nanti InsyaAllah, SGR mempelawa kalian semua yang berniat ingin membuat ibadah Qurban pada tahun ini.
InshaAllah, SGR juga menawarkan khidmat Aqiqah dan Sedekah sepanjang tahun di bawah Sumayyah Qurban.
- Qurban 1442H (2021) dibuka sehingga 17 Julai 2021
- Aqiqah dibuka sepanjang tahun inshaAllah (tidak dimasak. terus dibahagikan ke fakir miskin di Mekah)
- Proses sembelihan dan pengagihan daging qurban/aqiqah dijalankan oleh syarikat yang kami lantik, telah berpengalaman selama 13 tahun (sejak 2008).
Di bawah ini adalah gambar ternakan di Mekah untuk tujuan Qurban, Aqiqah atau Sedekah.


Ini pula contoh gambar ibadah aqiqah yang telah kami uruskan di Mekah
![]()

.jpg)
Dibawah ni kami lampirkan info berbentuk Q&A untuk memudahkan anda faham dengan lebih lanjut tentang projek ibadah Qurban dan Akikah di bawah SGR ini.
FAQs
S : Dimanakah lokasi untuk projek Qurban, Aqiqah dan Sedekah ini dibuat?
J : Lokasi dibuat di Mekah.
S : Apakah binatang ternakan yang diambil untuk Qurban, Aqiqah dan Sedekah di bawah Sumayyah Qurban?
J : Sumayyah Qurban menawarkan pilihan kambing, lembu dan unta untuk Qurban, Aqiqah dan Sedekah. 1 ekor kambing = 1 bahagian.
1 ekor lembu atau unta = 7 bahagian
S : Berapakah kos untuk sertai Qurban, Aqiqah dan Sedekah di bawah Sumayyah Qurban?
J : Untuk kambing, RM450 untuk 1 ekor = 1bahagian. Untuk lembu atau unta, RM3500 untuk 1 ekor (7 bahagian).
Harga ini termasuk harga seekor haiwan tersebut di Mekah,dan semua kos dan belanja pengurusan yang terlibat.
S : Adakah haiwan ternakan ini telah tersedia di Mekah?
J : Ya, sejumlah kambing dan unta telah pun siap dibeli oleh SGR untuk projek Sumayyah Qurban ini (setakat waktu mesej ini ditulis, Pembelian lembu di dalam proses, dan akan diselesaikan sebelum kami menerima sebarang pembelian untuk Qurban lembu). Syarat wajib untuk menyediakan ternakan bagi tujuan Qurban, Aqiqah dan Sedekah adalah haiwan ternakan tersebut adalah hak milik SGR dan bukan hak milik orang ketiga (penternak asal). SGR tidak membuat urusniaga atas angin dan sangat mengambil berat hal berkaitan urusan pembelian haiwan ternakan ni supaya tiada unsur syubhah dan memastikan setiap proses dilaksanakan mengikut hukum syarak.
S: Sumayyah Qurban baru ditubuhkan. Bagaimana SGR hendak menguruskan sesuatu yang besar seperti ibadah Qurban di Mekah yang sangat besar ini?
J: Sumayyah Qurban telah melantik pihak yang sangat berpengalaman di dalam urusan Qurban, Aqiqah dan Sedekah di Mekah, yang telah beroperasi selama 13 tahun (bermula tahun 2008). Jadi anda tidak perlu khuatir atau risau akan pelaksanaannya, inshaAllah.
S: Siapakan golongan yang bakal menerima daging Qurban, Aqiqah dan Sedekah tersebut?
J: Ada ramai fakir miskin di sekitar Mekah. Kebanyakan mereka bukan penduduk tempatan tetapi orang luar yang berhijrah ke Mekah. InsyaAllah, setiap bahagian Qurban, Aqiqah dan Sedekah akan diberikan kepada golongan yang sepatutnya.
S: Biasanya kalau di Malaysia, daging untuk Aqiqah akan dimasak dahulu untuk dijamu kepada orang. Kalau di Mekah macam mana pula?
J: Untuk ibadah Aqiqah di Mekah kelolaan SGR, daging tidak dimasak dan akan terus diberikan kepada golongan yang layak. Memasak daging aqiqah itu adalah disunatkan sahaja.
S: Bagaimana nak tahu betulkah ibadah Qurban, Aqiqah dan Sedekah dibuat untuk bahagian saya?
J: Bagi ibadah Qurban, pasukan yang mewakili SGR yang menguruskan proses sembelihan akan menyenaraikan nama peserta sebelum mula proses penyembelihan. Untuk makluman tuan puan yang dihormati, pada musim haji di Mekah, tersangat banyak haiwan yang perlu disembelih sepanjang 4 hari (hari raya Qurban dan 3 hari Tasyrik). Jadi untuk membolehkan sembelihan berjalan lancar, wakil akan membacakan nama-nama peserta Qurban sebelum masuk ke bahagian sembelihan. Tiada video sembelihan bagi satu-satu peserta yang akan dilakukan kerana masa yang terhad. Keutamaan harus diberikan kepada proses sembelihan dan pengagihan bagi menyempurnakan ibadah Qurban. Tetapi pihak Sumayyah Qurban boleh memberikan gambar yang mengandungi nama-nama peserta dan gambar haiwan di sana.
Bagi ibadah Aqiqah dan Sedekah pula, setiap haiwan yang disembelih bagi tujuan tersebut akan diambil gambarnya beserta nama peserta sebagai rujukan. Dan video sembelihan juga akan diberikan, kerana bagi sembelihan yang dibuat di luar waktu qurban, keadaan tidak sesibuk musim qurban.
S: Ada akad jual beli untuk saya bila buat pembayaran untuk sertai Qurban, Aqiqah dan Sedekah ini?
J: Ya, akad jual beli yang lengkap akan diberikan untuk tujuan Qurban, Aqiqah dan Sedekah. Tuan puan perlu membaca akad tersebut. Bagi urusniaga melalui WhatsApp dengan ejen SGR, tuan puan sangat digalakkan untuk membaca melalui voice note bagi simpanan bersama.
S : Bila tarikh terakhir untuk sertai projek Sumayyah Qurban ni?
J : Bagi tahun 2021M (1442H), sehingga 17 Julai 2021 nanti, insyaAllah.
S: Bila tarikh terakhir untuk menyertai Aqiqah dan Sedekah?
J: Tiada tarikh akhir selagi operasi Sumayyah Qurban masih berjalan, InshaAllah. Aqiqah dan Sedekah berjalan sepanjang tahun.
S: Bagaimanakan pengiraan bahagian dilakukan?
J: Bagi kambing, 1 ekor bersamaan 1 bahagian. Bagi lembu dan unta, 1 ekor bersamaan 7 bahagian.
S: Berapa bahagian haiwan ternakan untuk Aqiqah?
J: Bagi anak perempuan, 1 bahagian. Bagi anak lelaki, 2 bahagian.
S: Bolehkah saya ingin membuat Aqiqah untuk diri saya sendiri kerana tidak pasti samada ibu bapa saya sudah membuat Aqiqah untuk saya atau belum.
J: Boleh, tiada masalah inshaAllah.
S: Bolehlah letak lebih dari 1 nama untuk 1 bahagian bagi Qurban?
J: Menurut para ilmuan, bagi ibadah Qurban, 1 bahagian hanya 1 nama sahaja. Sekiranya lebih dari 1 nama bagi 1 bahagian, ibadah itu hanya akan jadi Sedekah, bukan ibadah Qurban.
S: Apakah yang saya akan terima bila menyertai Qurban, Aqiqah dan Sedekah bersama Sumayyah Qurban?
J: Tuan puan akan menerima
i. Perkhidmatan pengurusan ibadah Qurban, Aqiqah dan Sedekah mengikut haiwan yang dibayar
ii. Sijil penyertaan (akan diposkan selepas selesai ibadah Qurban, Aqiqah dan Sedekah).
Sijil bagi unta / lembu adalah sijil kertas bersaiz A4,
manakala sijil bagi kambing adalah ukiran kayu bersaiz A5 (diposkan dalam 7 hari selepas sembelihan kerana proses
ukiran mengambil masa.
iii. Kurma Ajwa Aliah dari Tanah Haram Madinah oleh SGR (500g).
iv. Maklumat berkenaan ibadah Qurban, Aqiqah dan Sedekah di Mekah dalam bentuk gambar (aqiqah, qurban, sedekah) dan video (aqiqah dan sedekah saja, di luar waktu qurban).
Kami di SGR mendoakan niat tuan puan untuk nak melaksanakan ibadah Qurban, Aqiqah dan Sedekah ini dipermudahkan.
HARGA
1 ekor kambing RM450 (1 bahagian)
1 ekor lembu RM3500 (7 bahagian) bermaksud RM500 bagi 1 bahagian
1 ekor unta RM3500 (7 bahagian) bermaksud RM500 bagi 1 bahagian
✅ PERCUMA Kurma Ajwa Aliah SGR 500g - bagi setiap bahagian. Akan diposkan setelah menerima pembayaran
✅ PERCUMA Sijil Qurban bagi setiap bahagian. Akan, diposkan setelah selesai ibadah qurban (sijil bagi unta / lembu adalah sijil kertas A4, manakala sijil bagi kambing adalah ukiran kayu bersaiz A5)
Semua harga yang dinyatakan di atas termasuk :
1. Harga binatang Qurban /Aqiqah/sedekah
2. Kos dan belanja pengurusan
ANDA BERMINAT UNTUK MENGAMBIL SERVIS KAMI BAGI MENGURUSKAN URUSAN IBADAH QURBAN, AQIQAH ATAU SEDEKAH ANDA?
Dijemput untuk isi borang di bawah. Mohon baca lafaz akad di bawah dengan jelas, dan isikan butiran di dalam borang di bawah dengan jelas supaya ibadah anda dapat kami uruskan dengan sempurna, inshaAllah.
Sekiranya anda mengisi untuk pihak lain, boleh tambahkan butiran penama tersebut di ruangan tambahan di bawah.
AKAD
PENTING
Lafaz Akad pemohon:
Saya, ___(nama)____ bersetuju untuk mendapatkan perkhidmatan Qurban @ Aqiqah @ Sedekah (sebut yg mana berkaitan) di Sumayyah Qurban dan mewakilkan kepada urusetia program, untuk menyempurnakan urusan perlaksanaan ibadah Qurban @ aqiqah (baca yg berkaitan sahaja) sebanyak ____(nyatakan berapa ekor kambing @ berapa bahagian unta @ lembu)____ bagi pihak saya @ waris yang bernama ___________ pada tahun ini kerana Allah Taala.